NOSTALGIA MENARA JAM DI SEREMBAN

Menara Jam adalah salah satu binaan mercu tanda yang sangat popular di negara ini. Hampir setiap bandar atau pekan mempunyai menara jam yang menjadi mercu tanda atau sebagai peringatan sejarah. Ianya menjadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong yang ingin bergambar kerana menjadi mercu tanda bagi sesebuah tempat, untuk dijadikan kenangan selain berfungsi sebagai rujukan masa yang mudah untuk dilihat. Menara jam juga menjadi lokasi tumpuan dikala detik 12 malam ambang kemerdekaan mahupun tahun baru.

Salah satu menara jam yang terbesar di Malaysia ketika zaman 80an ialah Menara Jam Seremban. Ini mengambil ilham kepada Menara Jam Gadang di Bukit Tinggi Indonesia, ketika ini hubungan antara Kerajaan Negeri dan Pihak Provisi Sumatera Barat adalah sangat akrab di sebabkan budaya minangkabau yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat kedua-dua buah negeri ini. Rupa bentuk menara jam ini berkemungkinan diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Dato’ Seri Utama Rais Bin Yatim, beliau juga merupakan Yang Dipertua pertama Majlis Perbandaran Seremban.

Jika kita lihat pada menara jam yang terdapat di Dataran Nilai reka bentuk bumbungnya kelihatan mirip seperti rumah Negeri Sembilan yang terdapat di Muzium Negeri Sembilan bumbungnya tidaklah meruncing ke atas seperti bumbung di Minangkabau Sumatera Indonesia. Ianya lebih melambangkan adat dan budaya serta identiti Negeri Sembilan itu sendiri.

Jom terokai Pesona Seremban

“Tak Sangko Semuo Ea Ado'”

sumber: FB Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut