KOMUNITI SIHAT DAN CERGAS TAMAN PASIR INDAH PERMATANG PAUH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA:

KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda Dan Ketahanan Rakyat)

Pada 31 Disember 2022 (Sabtu) bertempat di padang bersebelahan dewan Taman Pasir Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang telah berlangsung aktiviti senamrobik. Aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Pasir Indah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti tersebut dengan kehadiran kira-kira 40 orang peserta dan berlangsung mulai jam 7.45 pagi sehingga jam 10.30 pagi.

 

Selain aktiviti senamrobik, para peserta juga dibawa berjalan-jalan santai mengelilingi Taman Pasir Indah. Aktiviti sihat sebegini amat penting selain untuk menyihatkan badan dan minda, ianya juga penting bagi mengeratkan persahabatan di kalangan penduduk taman tersebut yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Kaum Cina, Kaum melayu, Kaum India dan lain-lain kaum agar mereka dapat hidup harmoni dan bertolak ansur dalam pelbagai perkara.

Selain itu, isu jenayah seperti kecurian dan pecah rumah dapat dibendung sekiranya setiap ahli komuniti memainkan peranan masing-masing dan prihatin terhadap jiran masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Persatuan Penduduk Taman Pasir Indah pada tahun 2023 dengan azam agar komuniti ini akan lebih dipereratkan bertambah ramai akan bersama-sama menjayakan sebarang program yang dianjurkan. Diantara progran yang dirancang adalah Karnival Komuniti, Kenduri Rakyat, Sambutan Perayaan dan lawatan sambil belajar.

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut