CUBAAN SELEWENG 875 LITER MINYAK DIESEL DIPATAHKAN KPDN KELANTAN

 

TUMPAT 11 Jan : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan disini hari ini.
Maklumat risikan mengesan sebuah kenderaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan bersubsidi dipercayai akan di bawa ke sebuah premis transit sementara di sempadan negara Tumpat, Kelantan.
Pasukan bertindak mengekorinya dan serbuan pada jam 06.00 petang menahan sebuah kenderaan Naza Citra bewarna hitam dari Kota Bharu menuju ke Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan disyaki akan menyeleweng barang kawalan bersubsidibersubsidi tersebut.
Pemeriksaan lanjut telah menemui minyak diesel anggaran sebanyak 875 liter dengan nilai rampasan sebanyak RM 1881.25 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, walaubagaimanapun saspek menyedari diekori telah melarikan diri meninggalkan kenderaannya di Kg. Chenderong Kubu, Chabang Empat Tok Mek Ngah Tumpat, Kelantan.
Pasukan bertindak menyita minyak diesel dan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM 15, 881.25 bagi tujuan siasatan lanjut dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM “JOM KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT”

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program “Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat” pada 14 …

SSPA FASA 2: GAJI NAIK, TANGGUNGJAWAB PUN NAIK

Pada 22 Januari 2026, lebih 1.6 juta pegawai awam bakal menerima bayaran pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam …

RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (RPTM) 2026-2035

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 ini menjadi landasan untuk menghadapi cabaran baharu, memenuhi tuntutan zaman pasca-normal serta memperkukuh kemajuan …