OPERASI BERSEPADU PENGUAT KUASA KPDN CAWANGAN TANAH MERAH BERSAMA METROLOGY CORPORATION MALAYSIA SDN BHD

 

TANAH MERAH 10 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN telah mengadakan operasi bersepadu bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Bukit Bunga, Tanah Merah dan Kuala Balah Jeli, Kelantan disini hari ini.
Operasi memfokuskan pemeriksaan penentusahan Mesin Penimbang Gandar milik Jabatan Pengangkutan Jalan dibawah Akta Timbang dan Sukat 1972 yang dikuatkuasakan KPDN.
Hasil pemeriksaan mendapati premis yang diperiksa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dan alat timbang sukat termasuk indicator berkeadaan baik serta masih dalam tempoh penentusahan.
KPDN sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa di kawasan tumpuan awam.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …