MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR WARGA IPD PASIR MAS SERTA PENDUDUK TEMPATAN

 

IPP Pasir Mas, 08 Jan 2023 –Penghujung tahun 2022, Negeri Kelantan khususnya Daerah Pasir Mas sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang agak luar biasa. Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda, malah menyebabkan kehilangan nyawa. Terdapat segelintir warga kerja PDRM IPD Pasir Mas juga turut terkesan dengan bencana banjir tahun 2022.
Bagi meringankan beban warga PDRM IPD Pasir Mas yang terjejas. Ketua Polis Kelantan, Commisioner of Police Dato’ Muhamad Zaki bin Haji Harun hari ini menyerahkan sumbangan kepada (55) orang mangsa banjir yang terdiri daripada (11) orang warga PDRM IPD Pasir Mas dan (44) orang masyarakat setempat Daerah Pasir Mas.
Turut hadir sama Encik Yusoff Ng, Pengurus RHB Bank Zon Pantai Timur, Supt. Nik Aminuddin bin Raja Abdullah,Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …