MAIWP telah memperuntukkan 0.5 juta khusus untuk Program Growthpreneur Success bertujuan membantu Usahawan di kalangan asnaf MAIWP untuk jana pendapatan tambahan.
Oleh demikian MAIWP telah merangka kerjasama bersama UniKL-BMI untuk melatih 80 Usahawan Asnaf MAIWP yang celik IT berkemahiran dan berdaya saing. Program yang diadakan ini merupakan permulaan perkongsian ilmu dan MAIWP akan menjalankan sesi pemantauan berkala terhadap perniagaan yang dijalankan ini selama setahun.
Program Perasmian Penutup Growthpreneur Success MAIWP dengan kerjasama UniKL-BMI ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan UITM Bandar Einstek, Nilai. Encik Mohd Fauzi ketika ditemui berkata projek perintis MAIWP ini dijangka dapat melahirkan usahawan yang mampu berdikari dan gigih berusaha untuk membangunkan ekonomi keluarga melalui perniagaan.
Besar harapan MAIWP agar para peserta dapat mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dikongsi agar mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya.
SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan