?????? ???????? ???? ????? ?????? ?????????? ????????? ??????? ??????????? ???? ????? ????

Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK), Peringkat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2022 telah dilaksanakan pada 29 November 2022 di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp Cyberjaya.

Sebagai makluman, SWCorp Wilayah Persekutuan juga telah menyelaraskan semula nama majlis ini untuk menyatakan kebersamaan dengan nama Majlis yang akan dilaksanakan peringkat kebangsaan pada 3 Disember 2022 bertempat di Negeri Perlis. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rizalman bin Datuk Mokhtar, Pengerusi SWCorp Malaysia. Turut sama hadir ke majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Wakil Fraser & Neave Holding Berhad (F&N Berhad).

Komponen sambutan HKSK 2022 peringkat Wilayah Persekutuaan pada tahun ini telah ditambah baik. Selain dari memberikan penghargaan kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS), SWCorp Wilayah Persekutuan turut memberikan penghargaan kepada pihak-pihak berkenaan yang telah memperkasakan aktiviti pengasingan sisa/sampah dengan mengitar semula di masjid, pejabat, bangunan kediaman serta kompleks komersil. Usaha-usaha ini juga dibantu dengan pihak organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan aktiviti/program yang membawa kepada penyertaan komuniti serta pihak media yang banyak mewawarkan usaha-usaha SWCorp Wilayah Persekutuan ini.

Untuk rekod nilai hadiah PerKISS peringkat Wilayah Persekutuan terbahagi kepada dua (2) iaitu hadiah daripada pihak SWCorp sebanyak RM5,200.00 dan hadiah sumbangan daripada Pengerusi SWCorp sebanyak RM5,000.00. SWCorp Wilayah Persekutuan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara kerana berjaya menggondol nilai hadiah paling banyak iaitu RM5,800.00.

Di majlis yang sama turut juga dilaksanakan adalah pelancaran “Sekolah Pertama Melaksanakan Program #PloggingWarrior iaitu Sekolah Kebangsaan St. Mary dan “Sekolah Pertama Melaksanakan Pelupusan Al-Quran Bersama SWCorp Wilayah Persekutuan” iaitu Sekolah SMK Bandar Tasik Selatan. Aktiviti-aktiviti ini akan turut diperkembangkan ke semua sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan.

SWCorp Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak hadir dan penduduk Wilayah Persekutuan yang banyak membantu dan bersama-sama menjayakan aspirasi kami untuk mempergiatkan usaha mempertingkatkan kebersihan, pengasingan sisa dan kitar semula di Wilayah Persekutuan.

SUMBER: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut