❤️JOM PAKAT DAFTAR E-WALLET !!!

 

Perhatian kepada peniaga-peniaga di sekitar Jajahan Jeli dan Tanah Merah terutama di sekitar Arked MARA Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.
Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan akan mengadakan program Inisiatif Pendigitalan (pendaftaran e-wallet).
Dengan ewallet ni mudoh, pelanggan nok beli bare-bare tuan/puan dipasar dan kedai, scan jah pah teruh masuk dale akaun bank…haaa sene ke tuh…
??Ado lagi hok menarik KPDNHEP Kelantan akan bui Voucher bernilai RM30 kepada 25 orang peniaga yang membuat pendaftaran terawal…
Passsstu ada lagiiii ? manakala bagi pengguna, voucher bernilai rm 20 juga kepada 25 orang yang membuat pendaftaran awal…
Hok sedak lagi ado jugok cabutan bertuoh yang disediakan pada 7 & 8hb Disember 2022, keno tunggu di tapok program tu deh, kalu dok terlepah lah weh cabutan bertuoh!!
? Adik manis kakok comel abe hensem tak perlu risau tak dok duit tangan kita bulih guna secaro e-wallet..??
Dengan kerjasama :- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, MARA Tanah Merah, UMK Jeli, Ecerdc, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Penyedia E-Wallet terpilih.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut