PROGRAM ‘BRISK WALK’ PERINGKAT BALAI POLIS SRI HARTAMAS

IPD Brickfields, 26 November 2022 jam 7.00 pagi – Bertempat di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Sri Hartamas, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program ‘Brisk Walk’ yang telah dijalankan oleh 5 orang PRP Balai.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis (Omnipresence) di kawasan ‘Hot Spot’ sekitar kawasan Solaris Kuala Lumpur serta bertemu dengan penduduk disamping mewujudkan suasana harmoni antara Polis dan masyarakat.

Di samping itu, program ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti riadah serta manfaat yang diperolehi daripada masyarakat disamping menjadi tanggungjawab bersama sebagai mata dan telinga dari pihak Polis. Turut dikongsikan tips-tips pencegahan jenayah pada masyarakat yang ditemui disamping mendengar permasaalahan yang sering dihadapi serta menyarankan masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Sri Hartamas di talian 03-62019222 dan Hotline IPD Brickfields 03-22979268.

Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 8.00 pagi.

 

SUMBER: Polis Brickfields

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …