MAIDAM AGIHKAN RM40 JUTA ZAKAT BAGI MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN


KUALA TERENGGANU, 27 NOVEMBER 2022


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengagihkan lebih RM40 juta bagi memperkasakan pendidikan anak-anak Terengganu kerana berpandangan bahawa melalui pendidikan akan dapat mengubah nasib dan kehidupan seseorang terutama yang datang dari keluarga miskin setiap tahun

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, strategi Maidam membasmi kemiskinan yang dialami dalam kalangan keluarga berkenaan ialah menerusi pendidikan dengan harapan sekurang-kurangnya 80 peratus anak Terengganu menyambung pengajian ke universiti. RM1,000 disumbangkan kepada setiap anak -anak yang dapat masuk ke institusi pengajian tinggi untuk menampung keperluan mereka sebagai satu galakan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah. Peringkat diploma pula akan diberikan bantuan sebanyak RM800 dan MAIDAM dalam perancangannya akan merangka satu kertas kerja untuk memastikan anak Terengganu yang dapat memasuki ke sekolah berasrama penuh dapat RM 500.

Anak-anak Terengganu yang cemerlang dalam pelajaran jika tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan di Terengganu atau dalam negara, jangan takut untuk mencuba nasib bekerja di luar negara terutamanya di Timur Tengah. Kerana di sana memerlukan tenaga dari Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi, ini kerana Malaysia menjadi pakar rujuk kepada dunia Islam kerana negara memiliki sistem kewangan yang terbaik di dunia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …