PROGRAM KEPENGGUNAAN : ASPIRASI WANITA BIJAK

Seremban, 22 November 2022 II KPDNHEP Negeri Sembilan dengan kerjasama Puspanita Negeri Sembilan, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Seremban telah melaksanakan *PROGRAM KEPENGGUNAAN : ASPIRASI WANITA BIJAK* yang disempurnakan oleh Puan Lina Syazwany Binti Izhar, Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran Dan Kewangan KPDNHEP Negeri Sembilan. Program ini diadakan adalah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kesedaran hal ehwal kepenggunaan dan Hak-hak pengguna berkenaan penyelewangan emas di pasaran. Selain itu program ini juga adalah untuk memberi bimbingan dan membendung kecenderungan keganasan dalam rumah tangga serta memperkasakan peranan wanita sekaligus memperkukuhkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan untuk kestabilan social dan negara.

KPDNHEP dan agensi kerajaan yang lain komited untuk terus memainkan peranan yang aktif dalam memberikan pendidikan dan advokasi kepada pengguna dengan kerjasama rakan-rakan strategik, NGO, komuniti dan masyarat awam khususnya di Negeri Sembilan.

sumber: KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut