PROGRAM (CBSM) KOMUNITI PINGIRAN KOTA, TAMAN TELUK VILLA DAERAH PUTATAN

Kota Kinabalu Sabah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah telah mengadakan program Komuniti Pingiran Kota yang bertempat di Teluk Villa Putatan Sabah.

MKN Sabah amat mengutamakan Program bercorak komuniti dan berkisarkan tentang menjaga keselamatan.

Mendukung visi dan misi jabatan, MKN bersama agensi strategik sahabat seperti PDRM, RELA, JPNIN telah menyantuni komuniti di Taman Teluk Villa Putatan dengan aktiviti gotong royong dan perkongsian Dasar Keselamatan Negara.

Taman ini dipilih atas faktor kepadatan penduduk dan KRT yang aktif.

Aspek kebersihan juga ditekankan susulan peningkatan kes wabak denggi di kawasan sekitar. Kesedaran keselamatan ini amat penting di kalangan komuniti agar semangat Kita Jaga Kita dapat diterapkan di kalangan rakyat.

Pengarah Keselamatan Negeri ketika ditemui media menekankan agenda keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. Diharapkan inisiatif murni MKN ini mendapat kesinambungan yang proaktif daripada agensi mahupun komuniti sendiri.

#keselamatannegaratangggungjawabbersama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut