PROGRAM (CBSM) KOMUNITI PINGIRAN KOTA, PUSAT LATIHAN RELA NEGERI SABAH

Sepanggar, Sabah.  Bertempat di Pusat Latihan RELA, MKN Sabah telah mengadakan satu program masyarakat dengan objektif untuk menyebarluaskan agenda keselamatan kepada golongan sasaran.

Dalam Program ini, 350 orang peserta melibatkan agensi keselamatan dan orang awam telah berpeluang mendengar dan berinteraksi secara dua hala dengan pakar-pakar keselamatan seperti PDRM dan MKN sendiri berkenaan peranan masyarakat dalam melengkapi tugas tugas pasukan keselamatan di dalam waktu krisis.

Bertepatan dengan intipati Dasar Keselamatan Negara, peranan komuniti wajar dikedepankan agar tanggungjawab menjaga keselamatan itu digalas bersama bukannya bergantung kepada pasukan keselamatan dan kerajaan semata-mata.

Selain fokus pada keselamatan, elemen silaturrahim tidak diabaikan. Program ini dimulakan dengan senamrobik melibatkan semua peserta seterusnya mempromosi gaya hidup sihat di kalangan komuniti. Badan dan mental yang sihat amat mustahak untuk kita berdepan dengan ancaman dan bencana pada masa akan datang.

Pengarah Keselamatan Negara sendiri turun padang untuk mendekati anggota masyarakat melalui program-program ini.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …