7140 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA KPDNHEP KELANTAN

 

BACHOK 22 Nov : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama PDRM IPD Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan disini hari ini.
Pada jam 4.40 petang pasukan menerima maklumat risikan beberapa kenderaan mencurigakan berkumpul di belakang sebuah premis tanpa nombor di kawasan Kg. Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.
Pasukan membuat pemerhatian melihat beberapa individu melakukan aktiviti tidak bermoral sedang memunggah kotak-kotak berwarna coklat disyaki minyak masak kedalam beberapa buah kereta.
Pasukan bertindak menyerbu premis tersebut, namun saspek menyedari kehadiran pasukan dan sebuah kenderaan bertindak memecut laju keluar serta sekumpulan lelaki bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.
Pemeriksaan lanjut telah menemui minyak masak bersubsidi anggaran sebanyak 7140 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM 17,850.00 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Pasukan bertindak menyita minyak masak bersubsidi tersebut dan lima buah kenderaan berpendaftaran tempatan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 97,450.00 bagi tujuan siasatan lanjut dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …