RESIDENSI SUNGAI UDANG, SEGAMBUT SEDIA TERIMA PENGHUNI BARU

Populasi penduduk bandar raya Kuala Lumpur kini mencecah 1.9 juta orang. Ini merupakan satu cabaran untuk menyediakan kediaman yang mencukupi, berkualiti, selesa dan mampu milik kepada warga kota.

Menyedari akan isu ini, KWP dan DBKL telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan satu inisiatif terbaharu iaitu pembinaan Rumah Majlis atau “Council Home”. Sehingga kini, terdapat 3,621 unit Rumah Majlis telah dan sedang dibina di empat tapak milik DBKL sekitar Kuala Lumpur iaitu di Segambut, Bandar Tun Razak, Bandar Baru Sentul dan Taman Desa Seputeh.

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyampaikan surat tawaran penyewaan Residensi Sungai Udang, Segambut kepada penyewa di Rumah Majlis tersebut pada 16 November 2022.

Residensi Sungai Udang ini didirikan di atas Lot 67343 yang merupakan tanah milik DBKL berkeluasan 5.51 ekar. Terdapat tiga buah blok di residensi tersebut di mana dua buah blok dijadikan sebagai unit sewa kepada warga kota dan satu buah blok sebagai kuarters kakitangan DBKL.

Lokasi ini mempunyai kadar kemudahsampaian yang baik serta strategik kerana terletak lebih kurang 1km dari Stesen KTM Segambut dan berjarak 10 km atau 15 minit perjalanan dari pusat bandar. Kawasan ini juga dikelilingi oleh beberapa kemudahan seperti sekolah, masjid dan lot-lot perniagaan.

Setiap unit rumah memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap penyewa juga diberikan 1 tempat letak kereta. Kemudahan lain yang terdapat di Residensi Sungai Udang ini ialah dewan serbaguna yang dilengkapi sistem siar raya (PA System), kemudahan kolam renang dewasa dan kanak-kanak serta kemudahan surau dan bilik pengurusan jenazah khusus untuk para penghuni yang beragama Islam.

Turut menghadiri majlis penyampai tersebut ialah Pengarah-Pengarah Eksekutif DBKL, Pengarah jabatan dalam DBKL dan wakil kesatuan pekerja DBKL.

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut