RIMBA ILMU: KEGEMUKAN ATAU OBESITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Ia adalah satu keadaan seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan dan ia boleh berlaku kepada kaum lelaki mahupun kaum wanita. Kaum lelaki dikategorikan obes sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%, manakala kaum wanita pula dikategorikan obes apabila mempunyai lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh diukur menggunakan pengiraan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI). Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes, sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan.

Umumnya, terdapat 7 faktor penyebab obesiti, iaitu:

  1. Umur: Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Kenaikan berat badan akan berlaku sekiranya tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dari aspek jumlah, jenis dan kekerapan setelah kadar metabolisme menurun.
  2. Jantina: Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding dengan kaum lelaki. Ini adalah kerana kaum wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause
  3. Faktor keturunan: Sesetengah individu mempunyai faktor genetik yang menyebabkan mereka mudah mendapat kenaikan berat badan dan menjadi obesiti.
  4. Aktiviti fizikal: Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan akan menyumbangkan kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
  5. Faktor psikologi: Terdapat individu yang akan makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi, seterusnya menyumbangkan kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
  6. Penyakit: Obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  7. Ubat-ubatan: Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti ialah:

  1. Diabetes Mellitus
  2. Penyakit hepatobiliary (fatty liverdan batu hempedu)
  3. Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  4. Metabolic syndrome
  5. Sleep apnoea
  6. Penyakit jantung koronari
  7. Cerebrovascular disease
  8. Kegagalan jantung
  9. Tekanan darah tinggi (hypertension)
  10. Osteoarthritis
  11. Gout

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Obesiti boleh dirawat melalui penggunaan ubat, kaunseling atau pembedahan. Rawatan-rawatan obesiti hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Sumber: Laman Web Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …