Sempena Sambutan Hari Integriti DBKL 2022, Jabatan Integriti DBKL telah menganjurkan forum integriti bertajuk Perangkap Hutang: Manipulasi atau Dimanipulasi? bertempat di Mayorโs Courtyard, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur pada pagi tadi.
Ahli panel bagi forum tersebut terdiri daripada Encik Kamal Affandi Hashim, Penganalisis Jenayah dan Puan Rohanizam Talib daripada Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit(AKPK) manakala Encik Amin Idris telah bertidnak selaku moderator.
YBrs. Encik Abdulamin bin Abdillah, Pengarah Jabatan Integriti DBKL telah meluangkan masa menghadiri forum tersebut bersama dengan kakitangan DBKL.
SUMBER: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur