IHTIFAL AULAD AL – ISLAMI PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN 2022M/1444H

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan Ihtifal Aulad Islami Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan pada 12 November 2022 bertempat di Sekolah Rendah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan jam 7.30 pagi – 4.30 petang, seramai 465 perserta yang terdiri daripada pelajar SIRAJ, SRA & KAFA seluruh Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Ihtifal Aulad Islami Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI. Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Hajah Norhayati binti Ab.Wahab, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI, Puan Sharida binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan JAWI Wilayah Persekutuan Labuan, En. Mohd Shukri bin Abd Ghani Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya dan Pegawai- Pegawai dari JPWP Kuala Lumpur.

Sebanyak 9 acara yang telah dipertandingkan iaitu acara pertandingan Tilawah Al-Quran, Bercerita Kisah Al-Quran, Hafazan, Azan, Khutbah, Nasyid, Penulisan Jawi dan Seni Khat.

Tujuan:-

  1. Melatih anak-anak yang mengikuti pembelajaran di Institusi Pendidikan Islam (IPI) agar terdedah dengan aktiviti Ko-kurikulum khususnya dalam bidang Ko-akademik yang boleh mengukuhkan pencapaian akademik.
  2. Sebagai salah satu Platform yang tepat untuk menilai kefahaman murid dalam menguasai kurikulum KSRA JAWI secara tidak langsung lebih kreatif dan inovatif berasaskan elemen kesenian dan kebudayaan islam.
  3. Untuk mengembangkan bakat dan kemahiran murid dengan harapan mampu membentuk menjadi generasi Muslim yang Dinamik, berketerampilan dan berdaya saing.

Tahniah kepada Zon Putrajaya kerana telah dinobatkan Johan keseluruhan. Tahniah juga kepada semua pemenang & Terima Kasih kepada Rakan Strategik yang bersama-sama menyumbang seterusnya menjayakan program ini secara lansung dan tidak langsung.

SUMBER: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut