TANAH MERAH 12 Nov : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menjalankan siasatan aduan awam disini hari ini.
Melalui pengaduan rasmi berkenaan isipadu minyak petrol tidak sama dengan jumlah pembelian dan disyaki ada penipuan berkaitan pam minyak petrol yang diadukan di sebuah stesen minyak disini hari ini.
Siasatan berkaitan aduan ini telah dijalankan bersama-sama Pegawai Penentusahan De’ Metrology Sdn. Bhd Cawangan Kota Bharu mendapati sukatan berada dalam had selisih yang dibenarkan di bawah Peraturan-Perturan Timbang Dan Sukat 1981.
Pasukan siasatan menjalankan ujian ketepatan mendapati had selisih yang adalah yang dibenarkan, namun terdapat seal keselamatan pada pam petrol tersebut telah putus atau disyaki diusik, satu tindakan kes telah diambil dibawah Akta Timbang dan Sukat 1972 .
KPDNHEP Kelantan menasihati pengguna supaya sentiasa peka serta membuat pengaduan rasmi mengikut saluran yang disediakan jika berlaku kekeliruan atau ketidakpuasan mengenai pembelian, pembayaran atau permasalahan pengguna.
KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan serta akan melindungi pengguna supaya perjalanan perdagangan harmoni antara kedua-dua pihak.