PLANMAlaysia@Negeri sembilan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Pesta Bola Ngoca sempena Sambutan HPBS 2022 Peringkat Negeri Sembilan.
Selain daripada meraikan perancang bandar, program ini juga bertujuan mempromosi keunikan sukan rakyat daerah Kuala Pilah disamping merancakkan ekonomi setempat. Sambutan ini juga bertepatan dengan tema HPBS 2022 iaitu โMalaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapanโ.
Antara acara/aktiviti yang akan diadakan adalah :
– pertandingan bola sepak sawah
– gusti bantal
– basikal titi
– panjat tiang licin
– tangkap itik
– ngoca ikan
– penyampaian penghargaan bandar mampan peringkat negeri sembilan tahun 2022
Moh Kito samo-samo memeriahkan sambutan yang akan diadakan pada 10 dan 11 Disember 2022 bertempat di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Puatan Borang Penyertaan Kejohanan Bola Sepak Sawah
https://bit.ly/PestaBolaNgoca_PENDAFTARAN
sumber:ย PLANMalaysia Negeri Sembilan