??????? ??????????? ???????? ??????? ?????? ?? ??????? ???????? ????????

KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2022 – Program Kelestarian Komuniti SWCorp diteruskan lagi di Kg Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rizalman bin Datoโ€™ Mokhtar, Pengerusi SWCorp Malaysia.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan. Antara pengisian pada hari ini adalah program gotong- royong di sekitar kawasan Kg Malaysia Tambahan, _trash to cash_ dan penyerahan dan penukaran tong MGB 120L yang rosak. Pengerusi juga turut mencuci longkang menggunakan water jetter.

Atas inisiatif penduduk, hasil penjualan barangan kitar semula akan diinfakkan kepada dua(2) surau yang berdekatan iaitu berjumlah RM106.25 dengan berat 111kg. SWCorp Wilayah Persekutuan berharap dengan program seperti ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dan program kitar semula

 

SUMBER: SWCorp Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …