PENGOPERASIAN BILIK GERAKAN DBKL SEMPENA PRU KE 15 TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2022 – Selaras dengan pemakluman pembubaran Parlimen Malaysia ke-14 oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 10 Oktober 2022 dan pengumuman tarikh berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 15 Tahun 2022 (PRU15) oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober 2022, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah pun membuat persiapan bagi membuka Bilik Gerakan DBKL bagi mengkoordinasi pemantauan dan tindakan berkaitan PRU 15.

Bilik Gerakan DBKL ini akan mula beroperasi selama 24 jam bermula pada Ahad, 6 November 2022 dan ketetapan seperti berikut :-

  1. Nama : Bilik Gerakan DBKL
  2. Lokasi : Jabatan Penguatkuasaan, Menara Penguatkuasa, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur.
  3. Masa : 24 jam (3 syif)
  4. Bermula : 06 November hingga 20 November 2022.
  5. No. Telefon : 03-4010 6267
  6. No. Faks : 03-4010 6470

Bilik Gerakan DBKL ini akan membantu pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Pemantau Khas dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memantau pemasangan poster, banner, logo dan bendera parti-parti dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan ( Iklan Pilihan Raya Wilayah Persekutuan ) pindaan 2013 dan UUK Vandalisme (WPKL) 1991 serta membantu memantau perletakan khemah, pondok panas, pentas, kabin dengan menguatkuasakan Seksyen 46 dan Seksyen 72 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

Bagi permohonan permit memasang iklan pilihanraya boleh dimohon oleh parti politik atau calon yang bertanding melalui borang permohonan serta memenuhi syarat-syarat dan boleh didapati di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur mulai 3 November 2022.

DBKL memohon orang awam dan kumpulan parti politik agar mematahui arahan dan peruntukan undang-undang semasa dan tamat tempoh berkempen bagi memastikan perjalanan proses PRU15 ini berjalan dengan lancar.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN UTUK PENGGUNA JALAN RAYA

Program Advokasi dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sembilan & anggota daripada JPJ Cawangan Kuala …
Maklumat Lanjut

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK Kehadiran bahan api (petrol), oksigen dan percikan api adalah 3 komponen penting untuk mencetuskan kebakaran …
Maklumat Lanjut