TAHNIAH PERBADANAN PUTRAJAYA!

PUTRAJAYA, 7 NOVEMBER 2022 – Perbadanan Putrajaya telah menerima 5 Anugerah Sempena Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022. Perbadanan Putrajaya telah memenangi anugerah “National Scroll Honour Award for Human Settlements 2022 “ anjuran KPKT sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2022 Peringkat Malaysia dengan tema pada tahun ini, “Mind The Gap, Leave No One and Place Behind”.

5 projek daripada PPj yang memenangi anugerah ini:

Juara tempat pertama : Kebun Komuniti Presint 16

Saguhati :

  1. Putrajaya City Trail
  2. Fat to Fit@ Putrajaya
  3. Our Community Our Showcase
  4. Tuition Mission B40 Putrajaya.

 

Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, KSU KPKT kepada Dato TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya. Tempat Pertama memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00 beserta trofi dan sijil manakala saguhati mendapat RM400.00 beserta sijil.

SUMBER: Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …