LOJI RAWATAN AIR PEROL MANFAAT KEPADA 3,500 AKAUN PENGGUNA

 

KOTA BHARU – Masyarakat sekitar Kota Bharu kini boleh menikmati bekalan air yang bersih dan berkualiti daripada Loji Lawatan Air (LRA) Perol dengan kapasiti 7.5mld yang dijangka akan memberi manfaat kepada 3,500 akaun pengguna.
Justeru, sebanyak 32 kampung yang akan menerima manfaat tersebut, antaranya ialah Kampung Biah, Kampung Pangkal Pisang, Kampung Batu 8, Nilam Puri, Kampung Beta Hilir, Kampung Jambu , Kampung Bechah Kura serta beberapa buah kampung lagi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor, dengan siapnya projek naik taraf LRA Perol ini, secara tidak langsung mampu menyelesaikan masalah penduduk kampung yang selama ini belum memperoleh bekalan air bersih.
“Bagaimanapun kos keseluruhan bagi projek ini termasuk membaik pulih sistem rawatan air yang dibiayai oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM3,250,983.70 dengan menggunapakai sistem AWS Techonology.
Selain itu, sebanyak RM49 juta diperuntukan juga untuk pembangunan lapan loji mini serta membaik pulih sistem proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) di Ketereh khususnya untuk menyelesaikan masalah air secara berperingkat di Kelantan.
Sebelumnya, LRA Perol ini pada awalnya merupakan sebuah rumah pam penggalak yang mendapat sumber air daripada Kubang Kerian dan telaga di kawasan loji ini, justeru pada tahun 2016 iainya telah dinaiktaraf menjadi LRA dengan peruntukan di bawah KPLB.
Sementara itu, Sistem Rawatan AWS Techonology adalah satu sistem teknologi untuk menyahkan besi dan mangan terlarut di dalam air mentah menggunakan sistem yang dibangunkan oleh AWS Sdn Bhd. Rekabentuk sistem proses adalah untuk merawat kandungan air mentah dari telaga tiub dan berkemampuan menyahkan kandungan besi terlarut maksima 70 ppm dan Mangan 7 ppm.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut