PARA SUKMA XX MSN 2022 MAJLIS SELAMAT DATANG DAN MENAIKKAN BENDERA KONTINJEN

31 OKTOBER 2022-Majlis Selamat Datang dan Menaikkan Bendera Kontinjen PARA SUKMA XX MSN 2022 telah berlangsung di Dewan Banquest Casa 4 MSN. Sambutan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniyan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku Pengerusi Pengelola PARA SUKMA XX MSN 2022. Turut hadir Tuan Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan selaku CDM Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan serta atlet dan pegawai kontinjen.
Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan turut menyertai 8 acara sukan iaitu sukan Olahraga, Badminton, Renang, Lawn Bowls, Powerlifting, Boccia, Bowling dan Ping Pong. Diharapkan Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan akan beroleh kejayaan bagi memburu kilauan pingat dalam Kejohanan PARA SUKMA XX MSN 2022 yang akan berlangsung pada 1 sehingga 6 November 2022.
SUMBER : FACEBOOK JABATAN BELIA DAN SUKAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut