MASJID KAYU BAKAL DIDIRIKAN DI KUALA PILAH

Seremban, 1 November 2022 – Penduduk  kariah Ulu Bendul bakal mendapat sebuah masjid yang berasaskan kayu sepenuhnya tanpa menggunakan paku  selepas satu Majlis Pelancaran Dana Infak Pembinaan Masjid Warisan Kuala Pilah, Mukim Terachi yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan  di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri semalam.

Dengan terdirinya masjid ini akan memanfaatkan penduduk kampung dan orang ramai yang melalui Jalan Kuala Pilah – Seremban dan akan menjadi satu tarikan pelancong di Negeri Sembilan. Rekabentuk masjid ini diinspirasikan dari masjid-masjid lama disekitar Kuala Pilah dan kos keseluruhan pembinaan masjid ini akan menelan belanja kira-kira RM10,000,000.00.

Turut hadir majlis pelancaran tersebut Y.Bhg. Dato’ Mohd Zaidi Ramli Pengarah JHEAINS, Dr. Ishak Mohamad Pengarah Politeknik Port Dickson serta ahli Mesyuarat Bertindak Agama Negeri Sembilan.

sumber: Facebook JHEAINS

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …