300 LITER MINYAK DIESEL DISITA DALAM OPS BERSEPADU

 

TUMPAT 02 Nov : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Batalion 8 Pasukan Gerakan AM telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan negara.
Hasil maklumat risikan pasukan mengekori pergerakan sebuah kenderaan jenis lori berpendaftaran tempatan dalam keadaan mencurigakan dari dari arah Kg. Telaga Bata, Tumpat menuju ke Kg. Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan.
Semasa sedang diekori lori tersebut menuju ke kawasan perumahan dan terus berhenti di belakang sebuah rumah di Kg. Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan.
Pasukan bertindak membuat serbuan pada jam 12.30 tengahari semalam menghampiri motolori tersebut, namun saspek menyedari kehadiran pasukan, pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan belakang rumah dan gagal dikesan pergerakannya.
Pemeriksaan lanjut pada motolori menjumpai sebuah tangki minyak diesel yang disyaki diubahsuai dan mengandungi minyak diesel yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.
Siasatan dan tindakan selanjutnya akan dijalankan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh dan kesemua barangan yang ditinggalkan disita untuk tindakan selanjutnya.
Nilai rampasan 300 liter minyak diesel dianggarkan sebanyak RM 645.00 dan sebuah kenderaan sebanyak RM 45,000.00
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …