1700 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA

 

PASIR MAS 01 Nov : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan negara.
Hasil maklumat risikan pasukan mengekori pergerakan sebuah kenderaan jenis lori berpendaftaran tempatan dalam keadaan mencurigakan dari premis pemborong di Pasir Mas dan menghala ke Kampung Padang To’ La, Pasir Mas.
Lori tersebut berhenti di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang To’ La, Pasir Mas, Kelantan dan pasukan membuat pemerhatian lanjut mendapati sebuah kenderaan Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan telah berhenti di tepi lori yang diekori tadi dan kemudian beberapa individu sedang memindahkan minyak masak dari lori ke dalam kereta tersebut.
Pasukan kemudian bertindak menyerbu lokasi yang diperhatikan pada jam 4.15 petang semalam, menjumpai 100 kotak mengandungi cecair disyaki minyak masak bersubsidi anggaran sebanyak 1700 kilogram untuk diseleweng ke negara jiran melalui pengkalan haram dan turut ditahan bersama tiga lelaki tempatan untuk siasatan lanjut.
Nilai rampasan 1700 kilogram minyak masak bersubsidi dianggarkan sebanyak RM 4250.00 dan dua buah kenderaan sebanyak RM 60,000.00

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …