SEMINAR PENGGUNA SIHAT NEGARA MAJU

 

KOTA BHARU 30 Okt : Yayasan Pengguna Negara Malaysia dengan kerjasama Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan menganjurkan Seminar Pengguna Sihat Negara Maju disini hari ini.
Seminar diadakan bertempat di RTC Tunjung Kota Bharu, Kelantan dengan kehadiran seramai 200 orang terdiri daripada ahli-ahli Yayasan Pengguna Negara Malaysia, orang awam dan setempat.
Terdahulu diadakan Taklimat daripada KPDNHEP disampaikan oleh YBrs. Tuan Muhammadi Iman bin Masjuri, Ketua Unit Siasatan dan Pendakwaan KPDNHEP Kelantan, menyampaikan Taklimat Penerangan Hak-Hak Pengguna.
Selain itu disusuli taklimat daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan dan telah sempurna merasmikan Seminar Pengguna Sihat Negara Maju.
Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Mohd Firdaus Abdullah, Presiden Yayasan Pengguna Negara Malaysia, YBrs. Tuan Hj. Kameruzaman bin Ab Rahman, Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia, Cawangan Negeri Kelantan dan YDH Inspektor Nor Fazila binti Baharom, JSJK PDRM IPK Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut