DATUK BANDAR KUALA LUMPUR LANCAR PELAN INDUK TRAFIK KUALA LUMPUR 2040 (PITKL 2040)

KUALA LUMPUR : YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melancarkan Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040 (PITKL 2040) di dalam sebuah majlis yang telah diadakan pada 27 Oktober 2022 di Anjung Singgahsana Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

PITKL 2040 merupakan satu pelan tindakan yang disediakan sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur terutama pada waktu puncak pagi dan petang. PITKL 2040 ini dirangka berdasarkan kajian lalu lintas serta unjurannya sehingga tahun 2040.

Penyediaan PITKL 2040 berdasarkan maklumat-maklumat semasa dan masa hadapan berkaitan dengan data lalulintas, zon guna tanah dan intensiti pembangunan, laluan rel, lokasi park & ride serta kawasan tadahan stesen transit.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, Puan Nor Fajariah binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur, pegawai-pegawai kanan DBKL dan wakil daripada agensi sahabat seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …