KPKB RINTIS PROJEK TERNAK LEMBU INTEGRASI

 

Kerajaan Negeri Kelantan amat komited menambah populasi ternakan lembu melalui kaedah ternakan intergrasi sebagai jaminan kecukupan bekalan daging segar tempatan pada masa hadapan.
Exco Pertanian negeri, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata konsep penternakan lembu integrasi diperkenalkan sejak tahun 2022 di Ladang Kelapa Sawit FGV Aring 1, Blok B milikan FELDA seluas 600 ekar.
Katanya, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) diberi mandat untuk merintis projek itu dengan menyelia proses membeli dan membina kandang ringkas bagi tujuan penternakan tersebut kepada usahawan ternak terpilih.
Manakala aspek pengurusan pula dikendali pegawai seranta Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dan pemantauan kemajuannya dilaksanakan oleh pegawai Veterinar Gua Musang.
Konsep intergrasi ternakan ini dapat mengurangkan kos makanan ruminan dan mengurangkan penggunaan racun rumpai serta kos pembajaan. Kaedah ini bermanfaat dari segi pengawalan rumpai dan dapat dijadikan sumber pendapatan lain kepada pemilik ladang,.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut