3 PREMIS DIAMBIL TINDAKAN KPDNHEP KELANTAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

 

KOTA BHARU 28 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang disini pada minggu ini.
Operasi dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran dari pemilik cap dagangan berdaftar bermula pada 26 Okt 2022 hingga semalam.
Serbuan diadakan di tiga lokasi berbeza pertama di Jalan Sungai Petai, Pasir Puteh, premis kedua di sebuah Pasaraya di Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjung, Kota Bharu dan premis ketiga di Kg. Baung Jalan Pangkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.
Serbuan melalui pengaduan oleh wakil pemilik cap dagang daripada pemantauan dan risikan pengaduan pihaknya selama seminggu.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai bag jenama terkenal, minuman kopi pracampuran dan pakaian serta kasut pelbagai jenis berjenama terkenal disyaki pelanggaran menggunakan cap dagangan berdaftar ditemui di premis tersebut.
Tiga tindakan kes dihasilkan membabitkan kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 ACD 2019.
Nilai rampasan keseluruhan bagi kertas siasatan yang dibuka anggaran berjumlah RM 83, 550.00

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …