PROGRAM: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOKASY FOR ROAD USERS ( SAFER )

NEGERI SEMBILAN, 27 OKTOBER 2022 Advokasi dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya (UKJR) JPJ Negeri Sembilan & anggota dari JPJ Cawangan Kuala Pilah. Antara agensi yang turut serta dalam operasi ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Pilah dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan.

Perkara yang diberikan penekanan adalah berkaitan aksesori keselamatan wajib seperti penggunaan topi keledar yang mematuhi piawaian dan pematuhan kepada peraturan lalulintas.

Di samping itu, advokasi turut menekankan mengenai kesalahan jalan raya yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan juga pemakaian topi keledar yang tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

Melalui advokasi tersebut juga, penerangan mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan persendirian diberikan penekanan agar bayi dan kanak-kanak selamat dan terhindar daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama risalah mengenai kerusi kanak-kanak (CRS) turut diedarkan kepada pemandu-pemandu yang membawa anak-anak kecil.

sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …