TEBATAN BANJIR DI DURIAN TUNGGAL AKAN DILAKSANAKAN

KOTA LAKSAMANA – Beberapa projek pembangunan bagi mengatasi masalah banjir termasuk tebatan banjir akan dilaksanakan di Durian Tunggal.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, banyak tindakan dan usaha sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir di Melaka khususnya.

Beliau berkata, berikutan keadaan lokasi itu yang berada di kawasan lembah ia memerlukan sedikit masa serta peruntukan yang agak besar.

“Saya minta bersabar sedikit, kita tidak akan abaikan saya faham dan memahami perasaan mereka. Saya pun pernah alami dan mangsa banjir.

“Kita akan laksanakan pembangunan bagi memastikan kawasan itu tidak banjir. Ada beberapa lagi pembangunan dan permohonan. Kita tunggu kelulusan sahaja selain kita hendak naikkan tebatan tetapi tunggu peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka, di Dewan Hang Tuah, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sudah melakukan pelbagai usaha dalam menangani banjir menerusi Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri.

“Kita usaha macam-macam, banyak tindakan sudah dibuat. (Banjir) perkara ini sebab tidak keluar mengundi. Terserahlah, itu hak masing-masing saya tidak boleh paksa,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut