BINA INSINERATOR SELEPAS TERIMA PERUNTUKAN PUSAT – KM

KOTA LAKSAMANA – Pembinaan Loji Sisa Ke Tenaga (WTE) atau insinerator yang dicadangkan di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang akan dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pembinaan insinerator adalah keutamaan Kerajaan Negeri, khusus dalam memberikan keselesaan kepada pemilik kediaman sekitar pusat pelupusan sampah berkenaan.

“Saya difahamkan tahun 2026 akan dilaksanakan. Mahu bina insinerator bukan boleh suka-suka, banyak proses dan perkara perlu diambil kira, kita tidak mahu projek ini gagal kerana ia membabitkan kos tinggi.

“Cuaca kita juga tidak sama dengan negara empat musim. Pada musim sejuk kurang mengeluarkan bau, jadi saya harap penduduk bersabar, Kerajaan Negeri berharap projek ini dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka, di Dewan Hang Tuah, hari ini.

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan Melaka bakal muncul negeri pertama memiliki Loji Rawatan Termal (insinerator) terbesar di Malaysia.

Kemudahan itu mampu melupuskan 1,000 tan sisa pepejal sehari sebelum diproses menjadi tenaga untuk disalurkan kepada grid Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi menjana tenaga elektrik.

Loji berkenaan dibina melalui konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI) oleh syarikat kontraktor yang mampu menghasilkan tenaga dan bahan sampingan lain untuk kegunaan pelbagai industri.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …