PROGRAM JATIDIRI PELAJAR PRA-UNIVERSITI @SMK TENGKU INTAN ZAHARAH

———————————————————————————————————————————————————————
DUNGUN, 26 OKTOBER 2022
——————————————————————————————————————————————————————–
??????? ??????? ???? ???? ??? ?????????? ????????? ?????? ?????? ????? ???????? ???? ?? ??????? ???? ???? ????????? ?? ??????? ???????? ?????????? ?????? ????? ???????
***
Program ini adalah program kolaborasi antara PEWARIS Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan MKN Negeri Terengganu. Program ini melibatkan beberapa sekolah di daerah Dungun yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan 3. Secara keseluruhannya, terdapat 6 siri jelajah yang akan dilaksanakan di seluruh daerah Negeri Terengganu dan sesi kali ini merupakan siri yang kelima.
Objektif program adalah bagi memberikan kefahaman kepada generasi pewaris (pelajar tingkatan enam) mengenai keselamatan dalam negara dan cabaran semasa. Selain itu, program ini juga bertujuan menyuntik semangat untuk melakukan lonjakan paradigma ke arah mempertingkatkan keyakinan diri pelajar yang juga bakal pemimpin negara di masa hadapan.
Pengisian utama program adalah memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan negara yang disampaiakan oleh pegawai MKN Terengganu, pemahaman sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan oleh pegawai Jab. Penerangan Terengganu serta keperluan pemugaran jati diri sebagai teras kecemerlangan sesebuah tamadun oleh penceramah dari PEWARIS.
Semoga dengan perlaksanaan jelajan jatidiri ini dapat memberikan pemahaman, kesedaran dan menaikkan semangat para pelajar untuk terus sukses dan bersama-sama menjaga keselamatan negara.

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …