GANGGUAN BEKALAN AIR PERLU ALAT GANTI PAM IMPORT

GANGGUAN BEKALAN AIR PERLU ALAT GANTI PAM IMPORT
“Kerja-kerja pembaikan pam berusia 13 tahun itu masih berjalan dan alat ganti pam itu terpaksa diimport”.
Ini dinyatakan oleh Ketua Bahagian Bekalan Air (BBA) Labuan, Trinil Indah Puspita menerusi WhatsApp komuniti Labuan.
Memetik laporan daripada BERNAMA, BBAL akan menghantar bekalan air ke tangki statik yang terletak di semua kawasan perumahan dan kampung sejak kelmarin.
Untuk itu, ribuan pengguna di pulau ini dijangka akan terus mengalami gangguan bekalan air dalam beberapa hari akan datang.
Terdahulu, BBAL telah mengeluarkan notis memaklumkan pam motor di tangki agihan air utama Pulau Enoe mengalami kerosakan yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sini.
Menurut notis itu, gangguan menjejaskan 24 kampung termasuk pusat bandar.
Walau bagaimanapun, pam utama berkenaan dilaporkan telah dibuka semula pukul 2.00 pagi tadi.
Pihak BBAL berharap pembaikan yang dilakukan ini dapat bertahan sehingga alat ganti baharu tiba pada bulan November nanti.
Selain itu, bekalan air juga telah mula disalurkan ke tangki-tangki imbangan utama sebelum ianya dapat disalurkan kepada pengguna dengan anggaran masa 48 jam hingga 72 jam bagi memastikan tangka-tangki imbangan stabil. Ia akan disalurkan secara berperingkat.
SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …