DOA IBU RAHSIA KEJAYAAN ANAK

AYER KEROH 26 Oktober – “Saya hanya memperbanyakkan berdoa dan berserah, syukur kerana semua kejayaan ini adalah kuasa Allah. Saya juga adalah bapa kepada anak selepas suami meninggal dunia.

“Risau tidak mampu galas tanggungjawab berat ini saya berdoa banyak-banyak demi membesarkan empat orang anak,” kata ibu tunggal, Noraini Mohbil yang sebak atas kejayaan anaknya.

Anaknya, Aliff Najmi Hasme merupakan antara penerima Anugerah Tokoh Pelajar Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2021 selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Bagi Noraini, membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan satu cabaran, namun kejayaan digapai anak-anaknya menjadikan dia lebih bersemangat dalam menempuh hari mendatang.

“Mungkin berkat doa ibu Aliff Najmi, pandai mengaji al-Quran seawal usia tiga tahun dan khatam ketika berumur lima tahun meskipun saya tidak handar dia ke tadika seperti kanak-kanak sebayanya.

“Sejak itu saya nampak potensi Aliff Najmi dan tidak putus berikan dorongan kerana mahu melihat dia berjaya. Meskipun saya tawarkan dia memasuki kelas tuisyen namun anak menolak dia lebih selesa belajar sendiri.

“Jika tidak ke perpustakaan dia akan melayari internet untuk mendapatkan bahan ilmiah yang dimahukannya,” katanya.

Sementara itu Alif Najmi yang kini menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, kejayaan yang dicapai adalah atas keberkatan dia ibunya.

“Setiap hari saya akan telefon ibu, minta dia doakan kejayaan saya. Apa yang paling penting adalah doa ibu dan selebihnya adalah usaha kita,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut