CARA TERBAIK URUSKAN SISA KOTAK MINUMAN

Tahukah anda? 70% dari keseluruhan kotak minuman sebenarnya boleh dikitar semula.

Tapi, macam mana nak mengitar semula kotak minuman dengan betul?

  1. Sesudah menghabiskan minuman berkotak anda, sumbat penyedut minuman ke dalam kotak dan buka flaps untuk meleperkannya.
  2. Bagi kotak minuman besar seperti pek susu dan jus, buka penutup dan cuci terlebih dahulu kotak tersebut sebelum meleperkannya.
  3. Dengan meleperkannya, ia akan lebih menjimatkan ruang dan mudah untuk dibawa ke pusat kitar semula yang dikhaskan. Kumpulkan dan ikatkan kotak minuman untuk dihantar.
  4. Pilih lokasi dan menghantarkan kotak minuman anda untuk dikitar semula di sini: https://www.recycle-easy.com.my

Di Malaysia, terdapat lebih 700 pusat pengumpulan khusus untuk kotak minuman sebegini dan terdapat hampir 40 pusat pengumpulan negeri yang berskala besar.

Selamat mengitar semula!

SUMBER: PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM – SWCORP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …