PRU15: 3,700 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIGERAKKAN DI NS

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. – Bernama

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut