PROGRAM KELESTARIAN KOMUNITI DI BANDAR TUN RAZAK

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan (PWP), Puan Ummi Kalthum Shuib pada hari telah mengiringi YBhg. Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Pengerusi SWCorp Malaysia melaksanakan Program Kelestarian Komuniti di Pusat Penjaja di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak pada 23 Oktober 2022 (Ahad). Program tersebut telah berlangsung selama hampir dua (2) jam.

PWP kemudiannya telah turun padang dan membuat pemantauan kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan sub kontraktor mereka. Beliau telah menjumpai lokasi-lokasi sampah longgok dan longkangΒ  yang tidak dibersihkan mengikut standard yang ditetapkan. Pihak konsesi telah diminta menyelesaikan segera dan memantapkan cara kerja, mematuhi jadual dan memastikan kawasan tersebut serta semua sudut Kuala Lumpur dan Putrajaya bersih sebersihnya.

Pengurus Cawangan SWCorp Kuala Lumpur juga perlu mempertingkatkan kesedaran awam dan penguatkuasaan yang sewajarnya. Usaha juga perlu dipertingkatkan untuk menjenamakan SWCorp di mata masyarakat. Penduduk Bandar Tun Razak dan Wilayah Persekutuan semua adalah dimohon untuk menjaga persekitaran dengan menjadi lebih bertanggungjawab melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah dan tidak membuang sampah merata-rata.

Utamakanlah kebersihan dan pandanglah wajah anak cucu anda yang bakal mewarisi bumi ini. Pasti kita mahu mereka sihat dan tinggal dalam alam sekitar yang bersih, serta tidak menyalahkan kita sebagai generasi yang tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.

 

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut