MAJLIS AMANAT JELAJAH KELUARGA MALAYSIA

LABUAN, 24 Oktober 2022 – YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar hadir menyempurnakan Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia yang diadakan pada petang semalam, 23 Oktober 2022 bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.
Dalam majlis berkenaan, YAB Perdana Menteri telah disambut dengan tarian sambut tamu yang meriah yang mempamerkan konsep Keluarga Malaysia.
YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa madrasah dan pusat tahfiz di WP Labuan serta Bantuan ke IPT dalam majlis berkenaan.
Majlis Amanat tersebut telah dhadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Pengarah dan Ketua Unit serta kakitangan Perbadanan Labuan, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan WP Labuan, Dewan-Dewan Perniagaan, Majlis Perwakilan Penduduk WP Labuan, Majlis Belia Labuan, dan warga kampung.
SUMBER :PERBADANAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN UTUK PENGGUNA JALAN RAYA

Program Advokasi dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sembilan & anggota daripada JPJ Cawangan Kuala …
Maklumat Lanjut

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK Kehadiran bahan api (petrol), oksigen dan percikan api adalah 3 komponen penting untuk mencetuskan kebakaran …
Maklumat Lanjut