CUBAAN SELUDUP DADAH RM7 JUTA DALAM PERABOT, JUBAH MANDI TUMPAS

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup keluar dadah bernilai hampir RM7 juta menggunakan taktik menyorokkannya dalam perabot dan jubah mandi.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) yang menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ramli berkata, pada 13 Oktober lalu kira-kira pukul 3.30 petang, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah dagangan yang dijadualkan untuk dieksport ke sebuah negara Asia Barat menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pemeriksaan lanjut mendapati ia adalah dua palet yang mengandungi tiga perabot yang dibalut dengan rapi bersama tiga kotak. Dagangan diikrarkan sebagai table end table dengan berat 366 kilogram (kg). Setelah balutan ke atas perabot dibuka, didapati ia adalah perabot berbentuk meja yang mana rangka dua dari daripadanya diperbuat daripada besi dan satu dari kayu.

“Atas inisiatif pegawai dan berdasarkan penilaian ke atas dagangan, anggota serbuan membuka balutan salah satu perabot tersebut dan mendapati ia mencurigakan. Hasil pemeriksaan lanjut mengumpil bahagian atas meja mendapati wujud bahan berwarna putih kekuningan di bawah jubin meja.

“Anggota serbuan kemudian bertindak memecahkan bahagian sisi kanan meja dan mendapati wujud kristal jernih. Ujian awal ke atas kedua-dua bahan ini mendapati ia mengandungi bahan disyaki dadah berbahaya jenis Ketamin dengan anggaran berat kasar keseluruhan berjumlah 124.75 (kg) dan anggaran harga pasaran RM6.8 juta.,” katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai, di sini hari ini.

Menurut Abdul Halim, siasatan awal mendapati barang dagangan dibawa dari sebuah lokasi di kawasan perindustrian di Selangor ke Johor Bahru kemudiannya dibawa ke gudang ejen penghantaran kargo udara di KLIA.

“Dipercayai dagangan ini dikendalikan  sindiket antarabangsa dengan penglibatan warga tempatan. Dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun dan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek ditahan. Modus operandi digunakan dalam kes ini dengan menyembunyikan bahan disyaki dadah berbahaya di ruangan rahsia pada perabot dan yang digerakkan daripada satu lokasi ke satu lokasi sebelum dihantar untuk destinasi ke luar negara bertujuan mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, dalam kes berasingan pada 12 Oktober, sepasukan anggota JKDM telah menyita satu parcel antarabangsa ke salah sebuah negara di rantau Oceania yang disyaki mengandungi dadah berbahaya di premis pos Malaysia International Hub (PMIH) Kargo KLIA, Sepang, Selangor pada pukul 1.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas parcel tersebut menjumpai dua helai jubah mandi yang mengandungi sejumlah serbuk putih disyaki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 3.75 kg dengan harga pasaran bernilai RM135,000.

“Siasatan awal mendapati parcel tersebut akan dieksport ke salah sebuah negara di Oceania. Maklumat pengirim disyaki dipalsukan bagi mengelirukan dan mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek terlibat bagi tujuan tangkapan dalang sebenar,” katanya.

Jelas Abdul Halim, kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana disabitkan kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati. – UTUSAN

 

sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TIPS KEKAL SIHAT KEPADA BAKAL HAJI TAHUN 2024 INI

Kepada bakal jemaah haji, berikut adalah vaksin yang wajib dan amat digalakkan untuk diambil : Wajib – Meningococcal Amat digalakkan …
Maklumat Lanjut

MASALAH KEWANGAN SALAH SATU PUNCA KESIHATAN MENTAL

Pada 4 Oktober 2023, Public Health Malaysia telah menggunakan platform media social facebook bagi membuat tinjauan punca yang menjejaskan kesihatan …
Maklumat Lanjut

MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN BERI MAKNA KEMERDEKAAN NEGARA

Pendidikan merupakan perkara penting dalam alaf pemodenan pada hari ini. Semenjak di dalam kandungan, kanak-kanak telah didedahkan dengan pelbagai bentuk …
Maklumat Lanjut