9,421 TINDAKAN KES TELAH DIAMBIL KPDNHEP

SEREMBAN: Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil sebanyak 9,421 tindakan kes tahun ini sehingga September lalu hasil pemeriksaan terhadap 708,230 premis di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd. Yusuf berkata, kesemua premis tersebut diperiksa dalam aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan pihaknya bagi pelbagai perkara.

“Ia melibatkan pemeriksaan berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, cetak rompak, barang tiruan, halal, sewa beli, metrologi, skim anti piramid, jualan langsung dan penipuan dalam talian (online).

“Sehingga September lalu, sebanyak 708,230 buah premis telah diperiksa dan 9,421 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM93.86 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Ekshibit Mega Tahun 2022 dan Majlis Serah Terima Stesen Alat Timbang Kenderaan (ATK) KPDNHEP di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP di Nilai, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Azman, dalam majlis tersebut, pihaknya turut melupuskan sejumlah barang rampasan seperti pakaian, kasut, alat mainan dan barangan elektronik bernilai yang bernilai RM24.6 juta.

“Pelupusan barang rampasan ini melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999,” katanya.

Berkaitan penerimaan Stesen ATK KPDNHEP tersebut, ia bertujuan memperkasakan lagi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

“ATK merupakan salah satu peralatan piawaian timbang dan sukat yang penting bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Ia dapat mengira berat timbangan barang-barang ekshibit yang dirampas dengan lebih tepat bagi tujuan pendakwaan dan pelupusan selain menjadi kemudahan latihan kepada Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh negara berhubung ATK,” katanya. – UTUSAN

sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut