RM500 RIBU PERUNTUKAN BINA RUMAH HABA

 

TUMPAT – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan RM500 ribu bagi pembangunan projek rumah haba.
“Projek rumah haba ini direka khas untuk mengeringkan ikan semasa musim hujan dan diuruselia oleh PKPNK dengan kerjasama LKIM.
Kita harap projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu usahawan hiliran perikanan dalam membangunkan sektor industri asas tani ke arah yang lebih baik,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke rumah haba pengeringan ikan bekok di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Genting, semalam.
Turut mengiringi, Exco Kerajaan Negeri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Wan Roslan Wan Hamat bersama Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kelantan, Khuzaimah Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), Nik Fazul Fazlee Nik Othman.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut