APM KELANTAN SIAP SIAGA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

 

Kota Bharu, 16 Oktober 2022 – Bagi membuat persediaan menghadapi Monsun Timur Laut kali ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Latihan kesiapsiagaan dan pemantauan yang telah diadakan di Tambatan D’Raja, Kota Bharu, Sungai Kelantan.
Turut Hadir dan Lawatan kerja YB Datuk Dr Hj. Abdul Latif Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Di Jeti Tambatan D’Raja, Kota Bharu, Kelantan Bersama Anggota Dan Pegawai APM Negeri Kelantan.
Latihan ini diadakan bagi melihat sejauh mana persediaan APM dari segi kekuatan anggota, logistik dan kemahiran pasukan penyelamat dalam mengendalikan aset ketika berlakunya sebarang bencana khususnya kejadian banjir di Negeri Kelantan.
Yang Setia Kolonel (PA) Mohd Adzhar Bin Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan Berkata Bagi persediaan Monsun Timur Laut kali ini, APM perlu mempersiapkan diri dari segala aspek bagi memudahkan bantuan dan mengurangkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat dan sebagainya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …