Program Beach Clean Up Day di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor

Program Beach Clean Up Day di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor
Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dengan kerjasama Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) @KEJORA telah bersama-sama menganjurkan Program Beach Clean Up Day di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 2 Oktober 2022.
Program yang bertujuan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar ini adalah selaras dengan teras 7 Dasar Keselamatan Negara iaitu Pembangunan Mampan.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Johor, Encik Mohd Tarmizi bin Dan dan disertai pelbagai agensi seperti KEJORA, BOMBA, Jabatan Penerangan Malaysia, APM, Kejora Hospitality Sdn. Bhd, Penduduk Kampung Nelayan Tanjung Balau serta guru-guru dan pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).
Tahniah semua!!

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …