PINDAHAN WANG BERPERINGKAT OLEH SINDIKET PENIPUAN (LAYERING)

Tahukah anda? Selepas mangsa memasukkan wang ke akaun keldai yang diberikan scammer, wang tersebut akan segera dipindahkan ke beberapa pecahan akaun keldai yang lain. Ini adalah bertujuan untuk melambatkan dan menyukarkan proses wang mangsa dikesan.Biasanya mangsa hanya tersedar telah ditipu selepas beberapa hari, bulan atau tahun berurusan dengan scammer.

Bagi kes Jenayah E-Dagang atau Pinjaman Tidak Wujud, mangsa akan tersedar telah ditipu selepas tidak menerima barang yang dibeli atau tidak menerima wang pinjaman serta gagal menghubungi penjual / ejen.

Bagi kes Love Scam, Macau Scam yang melibatkan kerugian puluhan hingga jutaan ringgit, mangsa biasanya hanya tersedar telah ditipu selepas berbulan mengikut arahan scammer dengan memasukkan wang ke akaun yang tidak dikenali.

Info Tambahan:

Sindiket penipuan tidak akan membiarkan wang mangsa disimpan lama di dalam sesuatu akaun. Akaun yang digunakan sindiket adalah akaun keldai (mule account).

JANGAN JADI KELDAI AKAUN ! AKAUN ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA !

SUMBER: CYBER CRIME ALERT ROYAL MALAYSIA POLICE

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut