MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) BIL. 2/2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

Pada 5 Oktober 2022 jam lebih kurang 9.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Bil. 2/2022 peringkat Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH. CP Dato’ Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Akib bin Hj Yusof, Panglima Markas ke 6 Briged.
Mesyuarat yang telah diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Ketua Jabatan. Selain PDRM, ATM dan MKN, turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perikanan Malaysia (PERIKANAN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut.
YDH. Dato’ Pengerusi juga menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian oleh ahli mesyuarat seperti aktiviti pemerdagangan manusia yang jelas salah dari segi undang-undang, persiapan dan bantuan agensi-agensi bagi menghadapi musim tengkujuh, cabaran dalam pengurusan keselamatan masa kini memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai agensi dan menerapkan kesedaran keselamatan kepada semua peringkat masyarakat.
Pelbagai perkara dibincangkan terutama dari segi isu keselamatan dan penggemblengan tenaga dari pelbagai agensi dengan tujuan agar semua pihak terus komited bersama-sama dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

 

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut