KSU KWP TURUN PADANG PANTAU KEBERKESANAN & PENGOPERASIAN SISTEM AMARAN BANJIR

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan melaksanakan lawatan turun padang (TUPA) untuk memantau keberkesanan dan pengoperasian sistem siren amaran banjir dibawah pengendalian DBKL di Jalan Taman U-Thant serta turut mendengar keluhan dan luahan dari pihak pengurusan bangunan sekitar stesen berkenaan yang seringkali mengalami masalah banjir kilat.

Beliau seterusnya singgah ke Stesen Siren di Kampung Kasipilly, Sentul bagi memantau dan menguji siren sistem amaran banjir di bawah penyeliaan JPS WPKL tersebut.

Diharap jika berlakunya situasi sebenar, para penduduk di sekitar kawasan berisiko mengalami banjir ini akan bertindak pantas meninggalkan kawasan apabila terdengar siren amaran dibunyikan.

#OurCityOurHome #LangkahPanglima #KeluargaMalaysia

 

SUMBER: KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …